tafsiran tajuk di atas =D >>
sejak berkahwin, rutin kami adalah balik kg. sekurang-kurangnya sebulan sekali, sebab ini adalah kg. incik papa =D saya juga ada
album photo menggunakan tajuk yang sama, kiranya nak selarikanlah :P jadi penutup tahun 2012 ini, alhamdulillah, sempat bawa baby maryam balik kg. jumpa nenek piah dia.. kiranya ini
first time jumpa.. awal-awal lagi incik papa dah ambil cuti, supaya lama dan puas hati balik kg.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjiJ1HzHRlvC4A2p1vPQyLBlexXzMRQZ0RwER_xgneV00-tCXn2pxgD8y2UGaGPQwcFrm22wlTQBg48UPS4YIDfkGTQ6rS6y040kMIGX5UQzIFVMlwOOiTmvQlpJnWsEAap7psI8KifZtrF/s320/day+49+i.JPG) |
baby maryam hari ke-49, tak sabarnya nak jumpa nenek!!! |
hari pertama - kita berkelah duluuuu!!!
kasihankan kakak asiah dan abang zaid yang tak dapat berjalan pun cuti sekolah sebab umminya berpantang.. jadi kami bawa ke pantai puteri untuk berkelah..
excited sangat mereka... cuaca di tepi pantai sangat
best tapi angin kuat juga macam nak hujan, sebab baby maryam macam tak selesa, jadi saya teman dia duduk dalam kereta je sambil buka tingkap, tak panas lansung pun sebab memang sejuk kat luar.. sudahnya ummi lepaskan geram ambil gambar maryam ber
posing...
tak lama kemudian, hujan pun turun, dapatlah mandi 30-40 minit, dah kena naik mandi dan salin baju.. monyok jugalah muka budak-budak yang tengah syok mandi dan main pasir.. zaid tarik muka.. asiah mengomel.. betul tak puas hati, penat juga memujuk baru okay =D sudahnya, makanan
picnic yang sebakul tu, bawak balik kg. je makan dengan nenek.. banyak juga bekalannya - nasi lemak sambal udang dan ayam goreng, muffin buatan ummi dan sandwich sardin kegemaran ummi =D
hari kedua - melepaskan rindu di kampung...
aktivitinya
standardlaa.. budak-budak ni main sama-sama, lepas tu kang bergaduh semula, main tanah, main semua benda laaa yang boleh dimain.. memang seronok duduk kg..
selain daripada tu, syoookkk melayan masakan mak.. makan, makan dan makan... kasi peluang orang baru lepas pantang =D
hari ketiga - kacau percutian orang =D
musim cuti sekolah macam ni, memang banyak kenduri kahwin kat kg. siap boleh bergilir pergi kenduri yang lain-lain.. sebabnya ada baby maryam, memang tak sesuai bawa dia.. jadinya, ambil giliran :P
petang dah kenyang, menikmati masakan bubur asyura mak.. sangat lazat okeh!!! lepas tu kak ngah ajak join dia untuk budak-budak bermandi manda kat resort tanjung keling.. apa lagi, bagai disorong bantal la kan.. terus je packing baju, bungkus bubur asyura.. jalaaannnn...
macam biasa, baby maryam dan ummi duduk je la kat bilik resort ya... lepas mandi, sebelum maghrib, kami dah balik.. ngacau percutian orang je kejenyaaa... hahaha..
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgznFT0zKr93c3_TiJMM7yMPilVrHmnSsp2kiIuNJKzzy8BvirrcfH0I2RsXw8Hj8_Odi-3YoQCvxHqJi6dSl6SGXUsU4GklUj0M9kl8UJMjWikMkcDAfUj2Fv0a-7RmtOw0I0kS3YxcHb3/s400/day+50+b.JPG) |
baby maryam hari ke-51 |
hari keempat - bukan perpisahan yang terakhir...
hari terakhir sebelum balik lepas solat zuhur, sekejap je 4 hari dah berlalu.. insyaAllah panjang umur, murah rezeki akan balik selalu.. pasti takkan jemu, di celah-celah masa sepanjang di kampung, saya ambil peluang membaca sebuah
parenting book, buku ni dah dua kali pinjam, dah nak pulangkan semula, barulah pulun nak baca.. best la pulak, sangat
informative dan berguna... sempat baca sampai
chapter four.. insyaAllah akan sediakan satu ruang di blog ini untuk buat ringkasan ilmu-ilmu yang boleh dikongsi bersama semua...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzoxAuqkOmoRpIN4mw39_8LFkID1BBOh5scBGrSr7c9psCpN8coWDNQ5lqdgbGZFPNdVEWiQEKke8m_lPtV3_6X4hs_3UJ957MpigVz6c1HED1n9hRMBpHcTJGFQhfhUF9oVfqa3KgS9yz/s320/P1040920.JPG) |
a very good book, will share the input here later, insyaAllah =D |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1C2kFqjHIZ5o2I5mivqAkU9hqGdDVwmDKQcM7owyqwD2lO2UySMgAV_s70SVM4zjGiKikcWJxOiaVEPWLi-QkmS8J2vcnN4nwDm2sdZSAPWBnEQ5KysSLLXhxu-tg07WdgLkFpVGvqDFK/s320/DSC00957.JPG) |
suprise from incik papa =D bukan senang nak dapat, bukan selalu.. thanks sayang :P |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9vm87Anf2YAcbayvf9DLIQLVLx6dtrKKLXiF2bcBgzwfZJ-J3BYKl16yjsNgqtdlmIpwvxgTfq1_aXMFX7p5zAcqUQvo6DyITqoBGZDCGZFqq8BQvoLfTHtVh8qlwff08L5gEDBvD48KP/s200/DSC00946.JPG) |
pasangan botak satu :P |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxp48dsZ2zsN4uv7rINvonUNEjHTmuNm1JiK9FvBtec8iXpwBO_8sHarB_-H8J657nT0TmQQ37SB6i1TR1YXBdUYlPLzdkkR69XWg9ke_QXWSYgZVqNCvHM8yJSxusRhKz1_MrRp1V4fBE/s200/day+50+a.JPG) |
pasangan botak dua :P |
biar berapa tahun pun, kg. tetap menjadi destinasi yang pasti.. kerana ada sesuatu di situ yang menjadi suatu ketenangan dan kenangan yang berharga, insyaAllah =D