Thursday, September 15, 2016

Prinsip memulakan perjalanan

Tiga prinsip penting yang saya pegang sebelum memulakan sebuah perjalanan:

[Perjalanan ini terdiri dari dua orang dewasa, dua kanak-kanak sekolah rendah, seorang tadika dan seorang bayi, menaiki kereta compact sedan 😎]

1. Keselamatan
       - keadaan kenderaan dan peralatan yang sepatutnya ada dalamnya
       - first aid dan ubat-ubatan
       - alat komunikasi - termasuk charger mobil dan power bank, dan no telifon penting ditulis (bukan dalam telifon)
       - secara general dan keseluruhan tentang jalan/ lokasi yang akan dilalui. Ini penting jika terputus komunikasi atau menghadiri situasi di luar jangkaan.

2. Keselesaan

     a) Itinerary - sangat penting bagi saya untuk keseluruhan perjalanan. Tidak semestinya lengkap tetapi cukup sebagai panduan sepanjang perjalanan. Ianya tidak perlu terlampau strict. Sentiasa boleh diubah. Tapi saya sentiasa percaya, orang gagal merancang, adalah merancang untuk gagal. Sekurangnya untuk masa yang dimiliki.

     b) Mental - cukup rehat, mempunyai maklumat yang cukup, bersedia untuk sebuah perjalanan.

     c) Fizikal - duit, pakaian, makanan, aktiviti untuk anak-anak di dalam kereta dan/ atau jika berhenti.

     Suka saya nak cerita lebih tentang aktiviti anak-anak ini. Kebiasaannya, saya akan menetapkan setiap orang boleh membawa 5 benda yang disukai. Saya had kan kerana tidak mahu kereta bertukar menjadi nurseri hihi. 5 benda itu samada mainan atau buku.

Selain itu, saya juga menyediakan tools untuk aktiviti mudah dan ringkas jika mereka bosan di satu-satu perhentian. Contoh nya: puzzles, pensil dan kertas untuk melukis.
Kebiasaannya, ia diperlukan jika cuaca hujan, terpaksa berkurung di hotel atau semasa menunggu makanan yang dipesan tiba semasa di restaurant.

Alat yang paling penting sekali ialah: sentiasa perhatian dan telinga ibubapa. Percaya lah, ianya memenatkan dan anda akan perlukan tools di atas. Kerana anak-anak ini selalunya tidak mengenal erti penat.

3. Menanam Matlamat

Saya seorang yang sukakan elements surprise, tetapi juga selesa 'menanamkan idea' di dalam minda separa sedar terutama anak-anak. Oleh kerana mereka masih kecil, saya suka menjelaskan perjalanan yang bakal kami lalui. Berapa lama perjalanan (walaupun sepanjang perjalanan masih akan ditanya setiap 15 minit, bila nak sampai? - kecuali mereka dah tertidur semasa perjalanan, hihi). Apakah tujuan kita ke tempat itu? Dan perkara-perkara yang berkaitan.  Saya suka brief mereka at least talking about it, at least a week before.

Untuk Asiah dan Zaid, memandangkan mereka sudah agak berdikari, saya suka mereka packing pilihan baju sendiri berdasarkan cerita saya tentang perjalanan. Sebagai contoh, jika untuk menghadiri majlis perkahwinan, maka mereka perlu menyediakan sepersalinan yang khusus untuk itu.

Paling utama, ajarkan mereka sebuah perjalanan adalah musafir kerana Allah. Sentiasa kaitkan semua yang berlaku dan apa yang akan dilakukan adalah kerana Allah. Semoga setiap permusafiran mendapat keberkatan Nya.

Tips tambahan:
1. Jika memiliki bajet yang lebih sedikit, cubalah memilih jenis penginapan yang membolehkan setiap ahli kembara mendapat rehat yang selesa secukupnya.
2. Bonus jika tempat penginapan memiliki kolam renang yang selesa dan selamat! 😇

Nampak seperti rumit. Namun tidak, untuk mereka yang sentiasa menunggu saat-saat kembara seperti ini. Akhirnya, walaubagaimana kita merancang sekali pun, tetap redha akan apa yang Allah akan takdirkan. Susun strategi terbaik (usaha) + bersederhana dalam expectation (redha) = kita semua seronok dan mendapat hikmah yang dicari dalam sebuah pengembaraan itu.

***Prinsip ini berdasarkan pengalaman saya sendiri semata-mata. Tidak semestinya sesuai dengan orang lain. Semoga perkongsian ini memberi manfaat 😇

Wednesday, September 14, 2016

Nilai Kehidupan

Assalamualaikum...

Sunyi sepi penuh berhabuk laman coretan ini. Mula menulis ketika melahirkan Maryam. Dan kini Maryam pun sudah pun bergelar kakak kepada seorang adik lelaki, diberi nama Umar.

Jika mahu menuliskan alasan dan cerita. Kenapa terhenti penulisan ini. Lima puluh lembaran pun belum tentu cukup. Manusia biasa dan lemah, sentiasa mahu menang dan betul. Namun, yang membezakan, sentiasa muhasabah dan berjuang untuk menjadi lebih baik. Dan berperanan sebaik mungkin dalam kehidupan ini. Pastinya untuk dunia akhirat yang diyakini.

Azamnya mahu menulis. Biar sedikit walaupun padat. Biar pendek tetapi penuh erti. Biar singkat namun penuh hikmah. Kerana apa?

Kerana hidup ini sememangnya sangat bernilai. Nilainya adalah untuk terus memandang ke hadapan. Nilai yang kepada kita untuk menilaikan. Dan tulisan ini adalah untuk memahatkan yang telah berlalu, agar menjadi pemangkin terus maju ke hadapan.

Keduanya, kerana saya tidak mampu lupa dunia penulisan. Bukanlah saya pandai jauh sekali mahir. Tetapi minat yang mendalam. Impian yang melangit. Dan saya tidak mampu melepaskan ini semua.

Bertitik tolak dari langkah ini. Saya berdoa (sudah berhenti berharap, hihi) agar peluang saya menyuburkan minat terpendam (belum jadi bakat lagi), menjadi kenyataan. Peluang memberi manfaat dari sisi-sisi kehidupan yang ini.

Mohon doa kalian ya!  🤗

Monday, January 14, 2013

"Hakikat Keagungan Rasulullah"


Jemput Datang Beramai2 ke Majlis Ilmu.

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (HR Muslim)



(surau depan rumah saya =D)

Minta tolong sebarkan maklumat ini sebanyak mungkin.. Semoga kita semua diganjari pahala yang setimpal oleh Allah S.W.T, InsyaAllah...

Friday, January 11, 2013

Salam Jumaat .. 1

Share from someone.. may Allah bless dan give barakah to him/ her..

"Strong people don't put others down, they lift them up. 
A wise person is not one who judges others, but one who steps into their shoes & tries to understand them. Du'a for me & others in your tahajjjud.."

kata-kata ini amat menyentuh kalbu dan nurani saya sebagai seorang muslim.. betapa saya ini banyak mementingkan diri dan memandang sisi keburukan hamba Allah yang lain.. betapa dalam meniti titian-titian kehidupan yang sedia pancaroba ini, sangat cenderung saya mementingkan diri dan kebahagiaan orang-orang yang saya sayangi sahaja.. betapa jika mampu sekadar mengukirkan senyuman di bibir orang lain, menghadirkan jiwa yang bahagia di hati sendiri.. betapa lemahnya saya sebagai hamba Allah yang agung dan penuh dengan limpahan kasih sayang dan bahagia ke atas saya, dan saya hanya memikirkan sesuatu yang merosakkan hati dan akal.. betapa saya sering bersyukur dan sentiasa sedar akan nikmat yang dinikmati tetapi tidak dizahirkan dengan perbuatan dengan tidak berkongsi atau menyebarkan sesama insan yang lain.. semoga Allah mengampuni saya dan manusia-manusia lain yang terpalit dengan saya.. semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan memberi peluang dan meringankan hati saya ke arah jalan yang diredhaiNya... Amin..

mereka adalah sebahagian amanah Allah ke atas saya

Friday, January 4, 2013

menjelang 2013: to do list.. 3 [edisi hutang =D]

sebelum atau pada 7hb Januari 2013
  1. family planning year 2013 80% done, aarrrghhh!!!
  2. baking chocolate cake mama tolong buatkan, dapat seloyang =D thanks mama, love u!!!!
  3. update resume done nothing yet :(
  4. checkup baby maryam umur dua bulan berat dah 5kg!!!
  5. servis kereta done
  6. bayar cukai tanah done
  7. buka buku tabung haji baby maryam posponed to next week
  8. ambil roti untuk jualan done
  9. blogging continuously
  10. spring house cleaning [again =D] continuously
................................................................................................................

semoga allah permudahkan dan berikan kekuatan dan kesabaran.. amin :)

Monday, December 31, 2012

cuti sekolah akhir tahun 2012

cuti sekolah ini memang berbeza dari cuti-cuti sebelum ini.. sebabnya pertama kali berpantang semasa cuti sekolah.. sekadar imbasan ringkas aktiviti anak-anak ketika cuti sekolah ini [selain balik kg.]

celebrate birthday 'the best papa in the world' =D
aktiviti bergambar lima bersaudara =D

 baking time!!! =D


playroom time!!! =D

dapat banyak buku baru!!! =D

 cycling time!! =D

 
 book activity!! =D

lego time!!! =D


bonding time!!! =D

  dan makan-makan!!! =D

ini hanyalah sebahagian sahaja dari aktiviti kami.. alhamdulillah.. semoga hati kami dan mereka sentiasa berpaut kerana Allah.... =D

Sunday, December 30, 2012

menjelang 2013: to do list.. 2

31 dec 2012 - 1 jan 2013
  1. spring house cleaning - bersihkan habuk2, iron baju kerja dan kemas pakaian settled
  2. buat muffin licin =D bagi jiran sikit, bagi mama & adik2 sikit dan makan sendiri
  3. update resume ni ambil masa, belum mula lagi
  4. set appointment servis kereta 7hb jan '13, 2.30pm
  5. buka buku akaun tabung haji maryam 7hb jan '13
  6. bayar cukai pintu - MPS banyak tunggakan tapi berjaya langsaikan, alhamdulillah
  7. bayar cukai tanah - pejabat daerah/tanah 7hb jan '13
  8. groceries banyak habis duit :p
  9. apply cuti untuk checkup baby maryam umur dua bulan done