Wednesday, September 14, 2016

Nilai Kehidupan

Assalamualaikum...

Sunyi sepi penuh berhabuk laman coretan ini. Mula menulis ketika melahirkan Maryam. Dan kini Maryam pun sudah pun bergelar kakak kepada seorang adik lelaki, diberi nama Umar.

Jika mahu menuliskan alasan dan cerita. Kenapa terhenti penulisan ini. Lima puluh lembaran pun belum tentu cukup. Manusia biasa dan lemah, sentiasa mahu menang dan betul. Namun, yang membezakan, sentiasa muhasabah dan berjuang untuk menjadi lebih baik. Dan berperanan sebaik mungkin dalam kehidupan ini. Pastinya untuk dunia akhirat yang diyakini.

Azamnya mahu menulis. Biar sedikit walaupun padat. Biar pendek tetapi penuh erti. Biar singkat namun penuh hikmah. Kerana apa?

Kerana hidup ini sememangnya sangat bernilai. Nilainya adalah untuk terus memandang ke hadapan. Nilai yang kepada kita untuk menilaikan. Dan tulisan ini adalah untuk memahatkan yang telah berlalu, agar menjadi pemangkin terus maju ke hadapan.

Keduanya, kerana saya tidak mampu lupa dunia penulisan. Bukanlah saya pandai jauh sekali mahir. Tetapi minat yang mendalam. Impian yang melangit. Dan saya tidak mampu melepaskan ini semua.

Bertitik tolak dari langkah ini. Saya berdoa (sudah berhenti berharap, hihi) agar peluang saya menyuburkan minat terpendam (belum jadi bakat lagi), menjadi kenyataan. Peluang memberi manfaat dari sisi-sisi kehidupan yang ini.

Mohon doa kalian ya!  🤗

No comments:

Post a Comment