Tiga prinsip penting yang saya pegang sebelum memulakan sebuah perjalanan:
[Perjalanan ini terdiri dari dua orang dewasa, dua kanak-kanak sekolah rendah, seorang tadika dan seorang bayi, menaiki kereta compact sedan 😎]
1. Keselamatan
- keadaan kenderaan dan peralatan yang sepatutnya ada dalamnya
- first aid dan ubat-ubatan
- alat komunikasi - termasuk charger mobil dan power bank, dan no telifon penting ditulis (bukan dalam telifon)
- secara general dan keseluruhan tentang jalan/ lokasi yang akan dilalui. Ini penting jika terputus komunikasi atau menghadiri situasi di luar jangkaan.
2. Keselesaan
a) Itinerary - sangat penting bagi saya untuk keseluruhan perjalanan. Tidak semestinya lengkap tetapi cukup sebagai panduan sepanjang perjalanan. Ianya tidak perlu terlampau strict. Sentiasa boleh diubah. Tapi saya sentiasa percaya, orang gagal merancang, adalah merancang untuk gagal. Sekurangnya untuk masa yang dimiliki.
b) Mental - cukup rehat, mempunyai maklumat yang cukup, bersedia untuk sebuah perjalanan.
c) Fizikal - duit, pakaian, makanan, aktiviti untuk anak-anak di dalam kereta dan/ atau jika berhenti.
Suka saya nak cerita lebih tentang aktiviti anak-anak ini. Kebiasaannya, saya akan menetapkan setiap orang boleh membawa 5 benda yang disukai. Saya had kan kerana tidak mahu kereta bertukar menjadi nurseri hihi. 5 benda itu samada mainan atau buku.
Selain itu, saya juga menyediakan tools untuk aktiviti mudah dan ringkas jika mereka bosan di satu-satu perhentian. Contoh nya: puzzles, pensil dan kertas untuk melukis.
Kebiasaannya, ia diperlukan jika cuaca hujan, terpaksa berkurung di hotel atau semasa menunggu makanan yang dipesan tiba semasa di restaurant.
Alat yang paling penting sekali ialah: sentiasa perhatian dan telinga ibubapa. Percaya lah, ianya memenatkan dan anda akan perlukan tools di atas. Kerana anak-anak ini selalunya tidak mengenal erti penat.
3. Menanam Matlamat
Saya seorang yang sukakan elements surprise, tetapi juga selesa 'menanamkan idea' di dalam minda separa sedar terutama anak-anak. Oleh kerana mereka masih kecil, saya suka menjelaskan perjalanan yang bakal kami lalui. Berapa lama perjalanan (walaupun sepanjang perjalanan masih akan ditanya setiap 15 minit, bila nak sampai? - kecuali mereka dah tertidur semasa perjalanan, hihi). Apakah tujuan kita ke tempat itu? Dan perkara-perkara yang berkaitan. Saya suka brief mereka at least talking about it, at least a week before.
Untuk Asiah dan Zaid, memandangkan mereka sudah agak berdikari, saya suka mereka packing pilihan baju sendiri berdasarkan cerita saya tentang perjalanan. Sebagai contoh, jika untuk menghadiri majlis perkahwinan, maka mereka perlu menyediakan sepersalinan yang khusus untuk itu.
Paling utama, ajarkan mereka sebuah perjalanan adalah musafir kerana Allah. Sentiasa kaitkan semua yang berlaku dan apa yang akan dilakukan adalah kerana Allah. Semoga setiap permusafiran mendapat keberkatan Nya.
Tips tambahan:
1. Jika memiliki bajet yang lebih sedikit, cubalah memilih jenis penginapan yang membolehkan setiap ahli kembara mendapat rehat yang selesa secukupnya.
2. Bonus jika tempat penginapan memiliki kolam renang yang selesa dan selamat! 😇
Nampak seperti rumit. Namun tidak, untuk mereka yang sentiasa menunggu saat-saat kembara seperti ini. Akhirnya, walaubagaimana kita merancang sekali pun, tetap redha akan apa yang Allah akan takdirkan. Susun strategi terbaik (usaha) + bersederhana dalam expectation (redha) = kita semua seronok dan mendapat hikmah yang dicari dalam sebuah pengembaraan itu.
***Prinsip ini berdasarkan pengalaman saya sendiri semata-mata. Tidak semestinya sesuai dengan orang lain. Semoga perkongsian ini memberi manfaat 😇