Sunday, December 2, 2012

aktiviti cuti sekolah asiah

masa berpantang ni dan kebetulan cuti sekolah (tadika), ambil peluang untuk toilet train zaid.. umur dah 3 tahun lebih dan dah dapat adik ni.. memang tak boleh tunggu-tunggu lagi.. memang nekad terus..

bila zaid tak ke taska, asiah pun tarik muka lah kalau kena ke taska.. kasihan dia juga.. kalau di taska, bukan ada belajar dan aktiviti sangat.. macam duduk rumah cuma bukan kat rumah sendiri dan beramai-ramai dengan kawan-kawan (dan guru taska yang garang, hikhikhik).. itupun tak cukup corum, sebab ada kawan-kawan dia yang memang cuti taska bila cuti sekolah.. dengan full support system, memandangkan berpantang di rumah mama, jadi keduanya bercuti di rumah nenek.. bersama ummi dan baby maryam..

rasanya ini kali pertama cuti sekolah macam ni.. dapat ummi bekerja pejabat, macam inilah.. setiap hari pun 'sekolah' walaupun musim cuti sekolah.. dari bayi sampai sekarang.. asiah pun dah nak masuk 6 tahun, jadi sebagai persediaan cuti, bersama-sama dia, buat jadual harian supaya dia tidak hanya menonton TV (memang kalau boleh dia nak tengok TV je), tidak bosan dan dapat buat macam-macam walaupun dalam keterbatasan pergerakkan ummi..


jadual ni dalam bentuk bergambar supaya dia senang faham (dia masih dalam proses belajar membaca).. alhamdulillah, momentum dia baik dalam nak mengikut jadual ni.. cuma sehari dua, bagi excuse dan lepas itu ikut semula jadual.. ummi juga cuba flexible, kalau strict sangat, kasihan pula dia.. harapannya, dengan jadual ini, bacaan iqra' maintain dan dia tidak lupa apa yang dia telah belajar semasa kelas umur 5 tahun.. semoga asiah semakin bijak dalam pelajaran dan makin dekat hati dengan Allah...

zaid pula, tiga hari je jalani latihan, selepas itu terus pandai ke tandas sendiri.. takde terbabas lagi dah.. good job zaid!!!
..dan mereka dah makin seronok duduk di rumah.. susahlah nak pujuk pergi taska selepas ni.. hehehe..

No comments:

Post a Comment