Tuesday, December 4, 2012

rutin berpantang sendiri

hari ni hari kedua duduk rumah sendiri dengan anak-anak dan suami bekerja (selepas 30 hari mama jaga di rumah mama).. alhamdulillah, walaupun semua kecil-kecil tapi masih manageable.. pagi-pagi sibuk sikit sebelum semua settle mandi dan makan.. tetapi selepas itu, semuanya dah lakukan aktiviti bebas - tengok TV, main, makan-makan dan surfing (umminya =D)..

yaaa.. haritu baru cerita pasal jadual asiah, disebabkan baru pindah rumah sendiri, so, semua masih adjusting and adapting.. sebulan kot tak tidur rumah dengan rumah tak berapa kemas dan teratur lagi, jadi.. mind setting umminya yang sangat penting - jangan hiraukan sangat sepah-sepah, barang berada di tempat yang sepatutnya yang penting TAK KOTOR - dapur dan bilik air kena kemas dan bersih - itu memang tak boleh nak ignore.. i think, by thinking like that only i can get rest.. hehehe.. (thanks mama for the advice)

hari ini, rancangannya nak mula ikut jadual sedikit demi sedikit.. i'm not talking about asiah's.. its me.. hahaha.. memang dah prepare jadual how to utilize my time for the last 30days at home.. precious ni sebab, nak dapat cuti straight 60 hari (bukanlah lama sangat pun) bukan senang, kena mengandung 9 bulan DAN sakit bersalin dulu baru dapat, itu pun DAN dengan sabar berpantang.. hahaha.. apapun, dapat berguling, bercakap, cium-cium, pandang mata anak-anak setiap masa itulah yang paling paling paling mahal, berharga, istimewa dan segalanya termasuk menahan marah (haha..) alhamdulillah ya Allah atas nikmat ini...

so, talking about my schedule.. macam-macam ikutkan nak buat, but at least i already set my target and what i aimed.. tetap berlapang dada jika tak dapat sempurnakan sebab priority masa cuti pantang ini adalah ANAK-ANAK (sebenarnya memang setiap masa pun memang itu je pun yang utama) DAN SIHAT... yang PALING MENCABAR dalam nak ikut apa yang dirancang ni ialah:

  1. masa untuk perah susu - penting untuk persediaan nak mula kerja nanti, dah set masa tapi bila berhadapan dengan rutin harian dan anak-anak, susah nak kekalkan momentum dan berdisplin dengan masa.
  2. penjagaan badan dan kesihatan sendiri - ikutkan macam-macam rawatan sendiri nak buat, dah lahirkan anak ketiga ni, tak jaga badan betul-betul memang semua 'lari'.. tidur pun tak berapa nak cukup, kadang-kadang terlupa makan ubat atau selalu minum air masak atau dah buka stokin lupa (atau malas) nak pakai balik.. hehe.. banyak lagi sebenarnya..
yang penting keazaman dan jangan mudah putus asa, hari ini tak dapat buat, esok cuba lagi.. yang penting berusaha dan sentiasa mengutamakan yang utama.. semuanya bergantung kepada mind setting =D

malam tadi bergurau dengan incik papa..
ummi: penatnya tengok budak-budak ni.. abang, tiga jelah ya (sambil kenyit mata)
papa: (buat-buat tak dengar) apa? lagi tiga? abang okay je..
ummi: wwwaaaahhhh...hahaha.. (sabar jelah.)

thanks mama dan adik-adik tolong jaga dan sentiasa bersama masa pantang ni dan pantang yang sebelum-sebelum ni (bukan masa pantang pun selalu tolong dan bersama :p) semoga allah sentiasa memberi rahmat dan kalian sentiasa di dalam doa ku.. LOVE U ALL!!!

No comments:

Post a Comment