sejak tinggal di kejiranan ini sejak lebih kurang setahun lepas.. saya ada juga menyimpan harapan dapat merasakan suasana berjiran, walaupun saya ragu-ragu dengan diri sendiri kerana saya ni kadangkala jenis malas bergaul (alasan) terutama bila sentiasa sibuk dengan rutin harian termasuk urusan kerja... do'a saya, jika tak dapat jiran yang baik pun, jangan yang jahat, dengki dan busuk hati.. memang ngeri dengar jenis-jenis jiran macam ni.. yelah, rumah ni ibarat syurga dunia kan.. kalau persekitaran macam sebaliknya.. na'uzubillah, tak dapat dibayangkan...
alhamdulillah.. kejiranan ini harmoni, walaupun berbilang bangsa dan agama.. takdelah dengar lagi perang jiran, tapi, biasalah.. ada jenis yang buat hal sendiri (termasuk saya) dan ada jenis memang bergaul rapat dan baik, apatah lagi mereka yang sudah 'berkampung' di sini.. ke mana lagi nak pergi? di sinilah kampung mereka...
saya taknak bercakap sangat tentang kejiranan ni sebab saya ni boleh dikatakan jenis buat hal sendiri.. yelaaa.. dengan anak-anak dah semakin ramai ni (alasan lagi).. buat masa ni, biarlah incik papa je yang bercampur gaul dan rapat dengan masyarakat di sini.. mujur dia bukan jenis macam saya ni..
saya ni boleh dikatakan bertuah dan beruntung sebab dapat jiran (sebelah kanan rumah, sebelah kiri masih kosong) yang baik hati dan ringan mulut.. dari hari pertama kami pindah lagi... sebenarnya, rutin hidup kami dan urusan kami sekeluarga lebih kurang je - pasangan bekerja, lewat balik kerja, ada anak 3 orang dan mempunyai ibu bapa yang tinggal berdekatan... nak dijadikan cerita, memang jarang sangat bertemu mata walaupun sebelah rumah je, sama ada hari kerja atau hari cuti.. memang masing-masing sibuk sungguhlah!!
walaupun macam tu, jiran saya pasti akan tegur kami kalau kebetulan kami sama-sama di luar, kami boleh berborak.. bercerita tentang apa saja walaupun sekejap je berborak tu, yelah, payah jumpaa.. saya selesa dengan dia (atau mereka) dan harap-harap dia pun macam tu... dengan sekejap pun berborak tu, memang makin lama makin kenal diri masing-masing dan makin mesra antara satu sama lain.. ibaratnya macam sekeluarga..
bila difikir-fikirkan, memang jiran ni selayaknya dianggap sebagai keluarga pun, bayangkan dialah paling hampir dengan rumah kita (syurga dunia saya).. ada ahli keluarga pun tak sedekat itu kan.. sebab itu, dalam Islam memang menekankan sangat tentang kehidupan dan adab berjiran.. kita boleh teladani daripada Rasulullah S.A.W bagaimana beliau hidup berjiran, bagaimana pentingnya jiran ini kerana turut tersenarai dalam senarai orang-orang penting dalam hidup ini...
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa juga; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga dekat, jiran tetangga jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar, dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang sombong takbur dan membanggakan diri.” (Surah an-Nisa’, ayat 36).
Sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jirannya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah ia diam.” (Hadis riwayat Muslim).
ada banyak lagi dalil-dalil mengenai hidup berjiran ini.. sebahagiannya boleh dirujuk di sini al-quran & hadis adab berjiran) =D
sebentar tadi, jiran saya ini, kak zarina (saya baru tahu namanya, sebelum ni borak tak pakai nama pun :p) baru perasan saya dan anak-anak ada di rumah (setelah sebulan tiada), jadi kami berborak melalui pagar, dan tak lama kemudian, dia datang bawa buah tangan dan nak tengok baby maryam.. kebetulan saya ada kerja nak buat dan baby maryam pun dah berjaga, jadi saya izinkan dia naik atas ambil baby maryam.. dia pun ambil, bawa turun dan kami berborak dan pada masa yang sama baby maryam dalam pelukan dia.. sampai tertidur baby maryam.. macam-macam dibualkan dan hati saya bersyukur ada jiran yang prihatin, baik dan mesra.. sekurangnya, saya tak perlu berusaha sangat ;p (memudahkan saya menjadi jiran yang baik =D) kesimpulannya, setakat ni, memang ngamla dengan dia.. hehehe... semoga dengan kebaikan dan berbaik sangka dalam hidup berjiran ini mendapat catatan sebagai amalan baik di hadapan Allah nanti...
selepas ni, mungkin kami akan lebih rapat sebab kak zarina dah jadi full housewife dan bekerja dari rumah, dan saya pun dah tak balik kerja lewat malam lagi.. mungkin lebih banyak juadah yang boleh bertukar-tukar (sebelum ni pun, dia je bagi kami makanan ;p) hikhikhik..
dengan ini, saya berazam nak menjadi jiran yang lebih baik di masa akan datang =D berharmonilah dengan jiran! =D
No comments:
Post a Comment