Thursday, December 6, 2012

demam kuning yang berpanjangan

baby maryam hari ke-35
pada umur baby maryam hari yang ke-19, dia dirujuk ke klinik pakar kanak-kanak, hospital sungai buloh oleh klinik kesihatan seksyen 7 shah alam, kerana prolonged jaundice (demam kuning yang berpanjangan). diringkaskan cerita, sepatutnya baby maryam dah takde demam kuning, tapi, demam kuning dia naik sikit dari last time dia diambil darah, dengan bacaan darah sekitar 167 dari 155 (normal = 110).

di hospital tu, baby maryam diambil darah dan air kencing dengan tujuan untuk siasatan lanjut (further investigation - di klinik takde mesin berkenaan katanya). selain tu, ummi dia pun ditanya tentang history kelahiran baby maryam dan kesihatan keluarga secara general. setelah selesai, doktor cakap, jika keputusan tidak baik (tidak boleh dapat terus keputusannya), pihak hospital akan hubungi segera dan jika sebaliknya, hanya perlu hadir pada tarikh yang ditetapkan for next appointment iaitu pada hari ini. risau juga hati ni, sebab dua anak yang lain pun ada demam kuning, tapi takdelah sampai kena refer pakar macam ni.. sebab demam kuning berkaitan dengan fungsi hati, dan kalau teruk sangat boleh membahayakan otak.. na'uzubillah.. apa yang mampu buat masa itu, berdo'a dijauhkan sebarang penyakit dan terus menerus berikan susu badan kepada baby maryam..

so, tadi pergi hospital sungai buloh.. dan sepanjang tempoh yang berlalu, saya memang tak terima sebarang panggilan dari pihak hospital, jadi, seperti yang dijangkakan.. berdasarkan ujian tempoh hari keputusannya normal (okaylah tu =D).. alhamdulillah.. dan doktor membuat kesimpulan yang demam kuning tersebut adalah disebabkan susu ibu.. walaupun begitu, susu ibu kena juga diteruskan seperti biasa...

baby maryam tidur sepanjang perjalanan
sempat timbang dan ukur kepanjangan maryam (belum pergi check-up umur 30 hari lagi), maryam dah 4.6kg (walaupun saya tengok tadi macam 4.5kg) dan 54 cm. pergi hospital tadi hanya untuk sesi consultation dan tiada ambil darah pun, so, taktau pun berapa bacaan kuning baby maryam sekarang.. punyalah jauh datang.. doktor kata, apa-apa selepas ini, teruskan di klinik kesihatan berdekatan.. sabar jelah..

insyaAllah esok, pergi dengan mama ke klinik kesihatan untuk suntikan vaksin baby maryam umur 30 hari dan check-up yang lain termasuk ambil darah untuk jaundice reading.. so, esok tengok macam mana.. semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar.. amiinn..

1 comment:

  1. salam puan,

    mohon share entry puan untuk rujukan saya. Ini berikutan anak saya juga dirujuk ke hospital akibat jaundis. da hari ke 35 masih lagi 140 bacaan darahnya...

    risau sgt nie...

    ReplyDelete