latest picture kami khas untuk ojah yang kejauhan |
dalam hidup saya.. sepanjang hidup saya, tapi yang saya paling-paling ingat, semenjak saya hidup berumahtangga ni.. mungkin sebab sejak berkahwin, saya semakin matang, semakin faham, semakin tinggi sifat ihsan... ya, sepanjang hidup saya terutama selepas berkahwin ni.. sangat banyak support dari kaum keluarga.. terutama dari segi do'a, masa, tenaga, buah fikiran, duit pun ada dan segalanyalaahhh.. sangat-sangat banyak dan tanpa mereka, memang kami takkan mungkin kecapi apa yang kami ada hari ini.. ianya daripada setiap ahli keluarga.. alhamdulillah...
mereka sentiasa je ada di sisi.. terutama semasa susah atau diperlukan, dan saya sentiasa mengingatkan diri kami, betapa kita perlu sangat-sangat ingat mereka bila kita senang, tak kiralah senang sedikit atau banyak.. yang penting keseronokan, kegembiraan dan pencapaian, mesti share dengan mereka...
bila bercakap tentang support ni, selalunya berbentuk bantuanlah kan.. bantuan tenaga dan masa paling banyak.. jadi kadang-kadang bila saya senang atau 'lapang' sedikit dari segi kewangan, saya gembira sangat nak berkongsi sedikit dengan mereka, macam adik-adik saya yang dah remaja dan sedang belajar.. tentu banyak keperluan dan kehendak.. begitu juga dengan mama, baba dan mak.. merekalah yang utama dan tidak jemu-jemu mendoakan kami, anak-anak mereka..
pada saya, keikhlasan memberi itu hanyalah sekadar ingin berkongsi merasa, bukan saya menilai apa yang mereka telah beri pada saya.. kalaulah nak dinilai apa yang telah mereka berikan pada saya.. sampai bila-bila pun takkan mampu saya balas dan bayar, kerana nilainya takkan mungkin boleh diukur.. penghargaan saya pada apa yang telah mereka berikan dan korbankan untuk saya memang sungguh-sungguh tinggi dan melangit.. apa yang saya beri itu hanyalah sekadar satu perkongsian kasih sayang dan kelebihan (pada masa itu) dengan mereka.. itupun, bukanlah banyak pun.. ciput je kata orang..
ya betul, keikhlasan itu bukan untuk diwar-warkan.. tetapi saya mengingatkan diri dan ingin membetulkan jika ada merasakan apa yang diberi itu adalah nilai kepada apa yang telah diberikan (semacam return).. sungguh ia takkan mampu diungkapkan dalam bentuk harta benda.. kasih sayang yang kita rasa ini adalah anugerah Allah yang amat-amat saya syukuri.. semoga Allah sentiasa memandang kebaikan yang telah kita lakukan dan mengganjarinya dengan rahmatNya dan kasih sayangNya hingga ke syurga..
No comments:
Post a Comment