Wednesday, December 12, 2012
kita hanya mampu merancang dan berusaha
sejak dari kecil, yang mampu saya ingat, saya memang suka sangat buat jadual atau perancangan (planning) untuk sesuatu pada masa tertentu, macam dah jadi kebiasaan.. walaupun untuk rutin hari biasa dan terutama menjelang cuti sekolah.. saya akan senaraikan apa yang saya nak buat untuk sepanjang hari yang saya lalui.. kadang-kadang saya ubah mengikut kesesuaian.. dan saya akan buat semula secantik dan sekemas yang boleh..
yet, saya taklah turn up menjadi successfull sangat.. sederhana dan biasa je dari dulu sampai sekarang.. mungkin saya ni pandai dan suka je merancang, bab melaksanakan tu tak bermotivasi sangat.. macam orang tak habis belajar pulak rasa.. jadual yang saya buat selalunya payah saya nak ikut walaupun susunan masa dan aktiviti taklah padat mana.. kiranya cita-cita selalu tinggi tapi usaha tak menyamai.. ada je keadaan (alasan) yang menyebabkan jadual tu tak ikut.. 'payah' bukan maksudnya saya tak ikut lansung.. kira 50-50 la jugak.. cuma dengan adanya jadual, saya selalu rasa 'selamat' dan terarah, jadi, bila dua tiga hari tak ikut jadual smoothly, saya akan refer balik.. dan tak ikut jadual selalu juga membuat saya rasa 'bersalah'..
bila saya semakin dewasa.. sifat suka 'merancang' saya ni semakin berkembang dari segi skop dan objektif.. masa saya nak kahwin dulu, disebabkan duit yang perlu ditabung sendiri dan cukup-cukup je untuk menjalankan perkahwinan saya, saya uruskan dan rancang sendiri dari A to Z.. dari duit tu zero, sampai selamat bernikah dan berjaya mengadakan majlis walimah.. hehehe.. sekurang-kurangnya ada jugaklah hasil sikap saya ni.. perancangan tu saya binding lawa-lawa sebagai kenangan, kalau nak refer untuk generasi sekarang pun dah tak relevan.. terlampau banyak benda yang berubah dan perubahannya sangat pantas...
disebabkan itulah.. bila dah berkahwin sekarang, skop merancang ni semakin besar dan luas dan penting untuk kami.. meliputi kewangan, percutian, jadual harian dan target ataupun apa yang nak dicapai oleh diri sendiri, suami dan anak-anak.. perkara ni memang selalu saya buat menjelang nak tahun baru macam ni lah.. saya akan briefly tanya incik papa, apa harapan atau target dia untuk tahun depan dalam pelbagai kategori - contohnya diri sendiri, kerjaya, famili dan sebagainya..
lepas tu, saya akan sesuaikan dengan keadaan kewangan, tanpa duit.. payah jugaklah nak capai, duit ini memang penggerak utama.. tapi, tiada apa yang mustahil.. cuma sekarang bila merancang, saya lebih matang, realistik dan bertenaga.. hahaha.. lepas tu saya akan gabungkan semua menjadi satu.. selalu yang penting perkara yang perlu dicapai oleh saya, suami dan anak-anak.. macam KPI la juga.. tapi taklah benda bukan-bukan.. dah siap, incik papa akan tengok, bagi pendapat dan seterusnya luluskan =D
tujuan saya buat macam ni bukanlah merancang nak jadi perfect sangat.. perancangan melibatkan keluarga ni memang kena lebih fleksible.. cuma saya nak saya dan incik papa terutamanya, nampak matlamat dan halatuju sekurang-kurangnya untuk setahun akan datang.. perancangan ni juga, nak tengok keutamaan kami sekeluarga dengan jelas dan selain daripada itu, untuk kepuasan diri saya, saya rasa seronok, 'selamat' dan terarah dalam semua aktiviti yang saya buat.. nak ambil cuti kerja pun senang sebab kalau pergi bercuti, kami lebih suka pada weekdays..
perancangan kewangan lebih kerap saya buat, kalau dapat rezeki contoh macam bonus ke.. saya akan rancangkan perkara yang nak dilakukan dengan duitnya.. alhamdulillah, setakat ni, incik papa masih memberi sepenuh kepercayaan untuk saya uruskan dan pertimbangkan segala yang hendak dilakukan, sebab saya sentiasa akan melibatkan dia dalam semuanya.. kerana kalau dia takde, saya pun tak mampu nak buat semua..
dan untuk tahun 2013, saya masih belum siap lagi comel-comel perancangannya.. beberapa kali perbincangan dah buat dengan incik papa cuma draf kasar je.. dalam kepala pun dah ada pelannya.. cuma sebab mood bercuti ni.. malasnyaaa... insyaAllah.. Allah akan permudahkan apa yang terbaik untuk kami.. saya sangat yakin, kita hanya mampu merancang.. tapi Allah yang akan menentukan, kerana Dia Maha Mengetahui dan Bijaksana.. kami sentiasa bersedia untuk redha.. insyaAllah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment