Monday, December 17, 2012

perjalanan 'serigala besar jahat' =D

sejak dua minggu lepas sudah merancang nak ke jualan murah buku terbesar malaysia oleh bigbadwolf ni, tapi ditakdirkan isnin lepas, saya demam pada malamnya dan memang belum habis tempoh pantang wajib (44 hari), jadi terbatal dan bertukar pada hari ini.. niat nak ke sana memang nak beli buku untuk anak-anak.. sebab, imported books ni memang agak mahal dan sudah lama betul rasanya tak beli buku-buku untuk mereka.. jadi inilah peluang yang ditunggu-tunggu..

saya ajak mama dan adik-adik - jepah dan lah untuk ikut sebab saya terpaksa bawa baby maryam, dan tempat tu memang tak sesuai untuk bayi kecil, jadi saya perlu seseorang tunggu baby maryam di luar dan pada masa yang sama, nak teman membeli sekali.. saya pergi weekdays sebab taknak menempuh orang ramai.. saya rancang bertolak pukul 9.30 pagi dan sampai rumah tepat pukul 12.00 tengahari, memang taknak spend masa yang lama...

maryam nyenyak tidur dalam stroller.. kesian dia melayan kehendak ummi =D
jadi pagi tadi siaplah masak breakfast; bekal untuk asiah dan zaid ke taska dan lunch untuk mama dan adik-adik, kiranya balik terus dah boleh terus makan.. bekalan makanan pun bawa sekali dengan coklat kek yang dah baked malam tadi =D

alkisah nak dijadikan cerita, sedang bersiap, incik papa sms beritahu laptop boss dia, yang sepatutnya dia bawa ke office harini untuk servis tertinggal.. saya terus offer nak pergi hantar ke office dia sebab saya fikir kebetulan memang nak keluar.. jadi kalutlah dia bagi direction semua, inilah yang menjadikan perjalanan hari ini menjadi satu cerita yang panjang.. sebab saya memang tidak mahir jalan di KL dan tak pandai ikut direction apatah lagi baca map :P (agak hampehlaahh!!! :P)

diringkaskan cerita;
9.30 pagi:
bergerak ke KL, office incik papa..
10.45 pagi: 
selamat serahkan laptop kepada incik papa, setelah puas pusing KL walaupun direction yang agak detail sudah incik papa beri :P.. terus bergerak ke Mines, perjalanan yang sangat mendebarkan, again, walaupun incik papa dah bagi direction, tapi kali ni kami main redah je sebab taknak kacau-kacau dia sangat, dia kan tengah kerja =D
11.30 pagi: 
selamat sampai, tergagau-gagau cari tempat.. pergi toilet dulu :P
12.15 tengahari: 
makan dulu, mama dah lapar sangat sebab tak breakfast pagi tadi, jauh gak kena jalan nak ke mines shopping mall dari tempat jualan buku tu.. dengan stroller maryam semua.. letih-letih..

lah posing skit
love mama!!!
 1.15 petang: 
solat zuhur
1.45 petang: 
masuk exhibition hall dan mulakan pencarian buku, tertinggal pulak list buku adikku, ojah dalam kereta, tapi kalau bawa pun, memang tak tercarilah.. sangat crowded dengan buku, alhamdulillah orang tak ramai sangat.. agak lenganglah.. focus memang cari buku anak-anak dan buku resepi incik papa =D dan saya memang tak familiar sangat dengan author non malay ni.. letih tapis buku sebab limited budget, ikutkan hati nak semua :P

buku-buku jepah.. millionaire by thirty tu sebenarnya saya yang nak, tapi kurang ongkos.. dia nak beli, nanti pinjam jelah.. hehehe..
3.00 petang: 
keluar dari exhibition hall, bergerak pulang
4.00 petang: 
sampai rumah setelah menempuh hujan yang sangat sangat sangat lebat sepanjang jalan, siap ambil asiah dan zaid dari taska..

buku untuk ojah, grabbed by jepah.. nampak macam best juga, okay tak? kami baca dulu tau.. hehehe..
alhamdulillah, kami sampai dengan selamat, kami memang sangat sangat penat.. terima kasih sangat kepada mama, jepah dan lah kerana sudi menemani.. sayang sangat korang (walaupun saya ni garang, tapi sayang sokmo!! :P)..

taraaaa... ini buku-buku kami.. satu untuk incik papa, dua untuk saya.. and the rest untuk anak-anak semua =D
dan sekarang anak-anak tengah enjoy the booksss =D

activity book

dan maryam masih tidur, kasihan dia kepenatan...

maryam day-46
alhamdulillah... dan thanks dan sayang semua.. perbelanjaan semua ditaja oleh incik papa (kecuali kfc mama belanja makan) love u sayang, muaahhhhsss!!!

No comments:

Post a Comment