Tuesday, December 18, 2012

ujian buat mereka yang terpilih..


Firman Allah:

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ertinya : “ Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “ ~ Surah al-Baqarah , ayat 155

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN...

mendapat perkhabaran sedih dari seorang sahabat baik saya mengenai ibu seorang sahabat baik saya yang lain (mereka berdua sahabat baik saya) telah jatuh sakit dan mengalami strok.. terus saya menghubungi beliau mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraan.. semoga sahabatku, Rina, dan ibunya, makcik Halimah, diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian Allah ini.. semoga Allah memberikan sesuatu yang lebih baik sebagai ganti sama ada di dunia dan di akhirat.. hati saya sangat sayu kerana terbayang-bayang wajah bonda beliau yang persis mama saya sendiri.. sekurang-kurangnya ingatan dan sayang saya kepadanya.. sementalah lagi, saya telah beberapa kali berkunjung ke rumahnya dan memakan masakan air tangannya.. anaknya sahabat dunia akhirat saya, apatah lagi ibunya.. semoga Allah sentiasa bersama mereka.. dan semoga makcik Halimah cepat sembuh seperti sediakala dan mampu menebarkan senyuman dan menyebarkan kasih sayang seperti dahulu...

harapan saya semoga Allah melapangkan saya dan keluarga dari semua segi untuk menziarahi mereka di jengka.. amin..

jaga diri Rina, dan kandunganmu, supaya mampu menjaga orang-orang yang disayang.. love dan do'a~imah

No comments:

Post a Comment