Wednesday, December 19, 2012

perkahwinan satu perkongsian: menyesal kahwin?!

ini adalah tulisan saya pada pada sekitar april 2008 somewhere and for someone..
just want to share here, also as a reminder for me to muhasabah diri...
Kebahagiaan itu takkan menjadi bahagia andainya ianya semua hanyalah keindahan...
lately, rasa macam selalu ditanya mengenai masalah rumahtangga...  adalah dua tiga orang.. the point is, selalunya benda yang ditanya itu bukan masalah pun... ianya adalah perkara biasa yang akan sentiasa dan selalu dilalui dlm rumahtangga..
i'm not an expertise dalam perkara ini, sementelaah, perkahwinan sendri pun masih setahun jagung.. sendiri masih sentiasa dahagakan ilmu dan kemahiran hidup berumahtangga ini.. tetapi, mungkin sebab memang dari kecil suka membaca baca pasal perhubungan kekeluargaan, rumahtangga, pendidikan keluarga dan hal suami isteri (topik ini adalah berkembang mengikut peringkat umur saya :P), jadi, banyak jugalah perkara yang boleh dikongsi..
  1. kita tidak boleh expect too much dalam perkahwinan.. perkahwinan bukan macam kerjaya. perkahwinan is all about kami, kita dan semua yang berkaitan dengan kita.. perkahwinan ini, adalah ikatan hati, sesuatu yang tidak boleh nampak dan dipegang... hanya boleh dirasa dan dinikmati.. kita mesti sedia membahagiakan orang lain sebelum diri kita ini mengecapi bahagia itu.. at the end, kita akan dapat lebih daripada yg kita harapkan... InsyaAllah..
  2. sekufu. for me, the happiness is came from the root.. sekufu ini kiranya semacam satu elemen yang wajib.. mempunyai sekurang-kurangnya matlamat perkahwinan, cara memandang dan memikir yang sama - tentang bagaimana keluarga yg kita mahukan dan bentuk di masa akan datang.. selepas itu, kalau boleh, dengan keluarga kedua belah pihak serasai, 'ngam' kata orang.. but, bukan senang jugak nak cari yg sekufu.. lucky me!!!
  3. sumbangan dan sesuatu usaha dalam rumahtangga, mestilah daripada kedua-dua pihak yang utama.. suami dan isteri. dan kemudian anak-anak.. apa-apa pun tidak akan menjadi kalau salah seorang sahaja yang mengimpikan dan berusaha ke arah sesuatu itu.. both parties mesti jelas dengan matlamat dan saling sokong menyokong berusaha ke arah itu..
  4. ilmu mesti sentiasa ditingkatkan.. bukan ilmu untuk scroll atau di atas kertas semata-mata.. tetapi, ilmu untuk mendapatkan nilai kehidupan yang lebih baik serba serbi, ilmu yang boleh menjanjikan kepuasan.. ilmu bagaimana hendak berkomunikasi, bagaimana menguruskan kewangan keluarga, bagaimana hendak mendidik anak-anak, bagaimana suatu sasaran boleh dicapai, bagaimana sesuatu kebahagiaan dan kepuasan berkeluarga dapat dikekalkan dan dinikmati bersama dan lain-lain. sentiasa membaca, mengulangi dalam apa jua bentuk bacaan, samada blog, buku atau apa saja.. rajin observe or tanya pada yang berpengalaman.. selalu menjadikan sesuatu berlaku sebagai satu pelajaran untuk difikirkan - yang baik sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan..
  5. melalui semua ilmu-ilmu tersebut, yang selalu ditekankan dalam perhubungan manusia terutama suami isteri ialah - komunikasi, trusting each other and hormat menghormati.. selain dari itu, perlulah disesuaikan dengan peranan dan tanggungjawab yang hakiki.. sifat atau perasaan ihsan atau timbang rasa atau empati yang tinggi adalah sesuatu yang sangat-sangat penting..
  6. kalau bertengkar atau bertelingkah... jangan biar lebih daripada 24 jam, sebaiknya, lebih awal settle lagi bagus. jangan sekali-kali memendam dan sentiasa berterus terang dengan cara yang baik dan berhikmah.. selalu bersangka baik dan positif dengan apa yang berlaku.. jika terasa sangat marah, segera ingat segala kebaikan yang telah dilakukan, adakah setimpal kemarahan kita itu untuk menutup setinggi kebaikan yang telah dicurahkan.. segala yang berlaku pasti ada hikmahnya, dan orang yang bersabar tidak akan sekali-kali menyesal.. ingatlah.. syaitan bertepuk tangan melihat suami isteri bergaduh dengan mengharapkan sesuatu yang buruk dan keji..
  7. doa. percayalah doa itu sentiasa menjadi senjata.. menjadi penghubung dengan Allah yang maha kuasa.. mintalah apa sahaja.. semoga, cintanya takkan berubah, dan kekal hingga ke akhir hayat...InsyaAllah Allah akan dimakbulkan dengan cara yang pelbagai.. sentiasa berusaha mempertingkatkan ibadat dan perhubungan dengan Allah.. nescaya kita akan merasai kemanisan apabila segalanya dilakukan dengan pergantungan penuh kepadaNya..
suami dan isteri ini adalah satu ikatan yang sangat senang mempunyai jurang.. jadi kita kena cuba pastikan supaya tidak terjadinya jurang itu. perkahwinan ini, bukan tentang sehari dua, tetapi untuk selama-lamanya dan akan menentukan bagaimana keadaan keturunan kita di masa depan... perkahwinan ini memang bukan senang, ianya satu perjalanan kehidupan yang 'hidup', yang penuh dengan cabaran dan perjuangan..  percayalah.. jika kita ikhlas dan berusaha... hasilnya pasti berbaloi... kebahagiaan ini yang akan membina diri dan generasi kita menjadi lebih baik... lapangkanlah hati, lalui dengan tenang dan pastikan kepada Allah kita memohon pertolongan....

artikel ini telah diubahsuai sedikit mengikut kesesuaian semasa =D
insyaAllah dan sedang masih menulis artikel-artikel seperti ini..

No comments:

Post a Comment